Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila salah seorang daripada kakitangannya dipercayai telah dirasuk oleh makhluk halus.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, sepotong klip video memaparkan aksi Aliff sendiri cuba mengubati dan menenangkan kakitangan wanita yang dirasuk itu tular di media sosial.
"Mengerikan! Saya takut awak! Kejadian petang tadi ketika salah seorang pekerja saya dirasuk hantu. Sumpah dengan nama Allah, ini bukan gimik tapi kisah benar.
"Pekerja wanita saya ini berumur 20-an tetapi yang peliknya ketika dirasuk tenaganya kalah seperti Hulk Horgan," tulis Aliff.
Dalam aksi beberapa saat yang dikongsikan Aliff, wanita berkenaan tiba-tiba meraung-raung sambil bertindak agresif ketika cuba ditenangkan oleh orang sekeliling.
Ketika bergelut dengan wanita terbabit, wajah Aliff turut dicakar hingga meninggalkan kesan lebam dan calar-balar.
Aliff kemudiannya meletakkan garam yang baru dihasilkan oleh syarikatnya untuk mengurangkan gangguan.
Bagaimanapun, meninjau ruangan komen Instagram beliau, segelintir pengguna menyifatkan video berkenaan sebahagian daripada promosi produk terbabit.
"Lambat lagi datuk nak berani rawat orang kena rasuk.
"Kuat sangat marketing macam ni.
"Bila dah banyak sangat drama, jadi macam ni pun tak sure nak percaya atau tak. Hmm, tak apalah semoga dipermudahkan urusan.
"Last-last awak menjual produk ke? Nak beli kat mana?
"Sanggup tu aurat dipertontonkan demi marketing," tulis beberapa pengguna mengecam tindakan Aliff.
Amri Hassan
Mon May 23 2022
.jpg?ext=.jpg)
_1.jpg?ext=.jpg)
"Nak Kata Puas Pun Tidak, Nak Kata Tak Puas Pun Tidak…” – Izara Aishah
Izara Aishah ni kalau berlakon memang best
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara
Ada individu digelar 'budak jongos' kerap mengganggu Noniswara.

Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik