Pelakon Sweet Qismina mendapat pujian netizen apabila dia memuat naik video ketika sesi latihan untuk salah sebuah adegan dalam filem Pusaka.

Sweet berkongsi potongan video adegan rambut keluar dari mulutnya di salah sebuah entri di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu.

"Sehari sebelum hari penggambaran. Bila saya membaca skrip, otak sis tak berhenti fikir on how to do the “eww” scenes (lagi banyak fikir hal ni dari hal college).

"But saya sangat beruntung ye dapat kerja with kak @ellasandera, the one with great mind who knows the tricks on how to make it happen. Memorable experience with her and hope to work again in the future. I miss you kakak!

"Nak tengok lebih kena tengok #FilemPusaka! #JanganTermuntahYe," tulis Sweet.

{ A day before the shoot } When I read the script, otak sis tak berhenti fikir on how to do the “eww” scenes ( lagi banyak fikir hal ni dari hal college ? ) But saya sangat beruntung ye dapat kerja with kak @ellasandera , the one with great mind who knows the tricks on how to make it happen. Memorable experience with her and hope to work again in the future. I miss you kakak! ❤️ Nak tengok lebih kena tengok #FilemPusaka ! ? #jangantermuntahye

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on



Di ruangan komen, rata-rata peminat Sweet memberikan kredit terhadap kesungguhan aktres ini dalam merealisasikan babak terbabit yang kelihatan sangat 'real'.



BACA: "Bayangkan Saya Terpaksa Tahan Gumpalan Rambut Bersalut Darah Dalam Mulut!" - Sweet Qismina

Menerusi filem Pusaka, Sweet membawakan watak kembar, Balqis dan Qistina.


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.