Filem Penunggang Agama masih berada di tangga pertama carta filem Top 5 Astro First.

Jelas terbukti, Penunggang Agama telah mendapat tempat di kaca televisyen penonton yang gemar menonton filem bergenre seram thriller.

Hasil pemerhatian Gempak, rata-ratanya menyifatkan filem Penunggang Agama ini seram dan menakutkan.

Malah, ada yang tidak berani untuk menonton walau di siang hari.

"Sumpah seram weh Penunggang Agama ni!

"Seram tapi filem ini bagus, 10/10.

"Seram siot Penunggang Agama!

"Seram tengok iblis dalam Penunggang Agama ni.

"Tengok siang hari pun meremang seram.

"Cerita Penunggang Agama ni awal dah seram," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.

Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.

Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.

BACA: Cabar Diri Jadi Ustazah Anna, Azira Shafinaz Ingin Buktikan Kemampuan Diri - "Apabila Dapat Peluang Ini Memang Tak Nak Tolak ..."

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.