"Sumpah Tak Faham Kenapa Kencing Dalam Lif" - Tak Malu Tinggal Di PPR, Haneesya Sound Golongan Kurang Sivik!

Amri Hassan
April 26, 2019 04:55 MYT
Bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir individu yang kurang kesedaran sivik.
Kata Haneesya, dia terpaksa menahan nafas apabila memasuki lif yang kotor dan berbau busuk saban waktu.
"Wei Aku sebenarnya duduk rumah PPR je.
"Tapi Aku paling pantang bila naik lif cam ni. Kencing.
"Aku sumpah tak faham kenapa nak Kencing dalam lif. Kotor dan busuk.
"Dari tingkat atas nak sampai bawah aku kena tahan nafas kadang-kadang terpaksa la bau kencing ni," tulisnya menerusi akaun Twitter.

Wei Aku sebenarnya duduk rumah ppr je. Tapi Aku paling pantang Bila naik lif cam ni. Kencing. Aku sumpah tak fhm kenapa nk Kencing dlm lif. Kotor n busuk. Dari tingkat atas nk sampai bawah Aku kena tahan nafas kadang2 terpaksa la bau kencing ni. pic.twitter.com/dpxJZPr3Hq

— HaneesyaHanee (@HaneesyaHanee) April 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain berkongsi foto keadaan lif di kawasan kediamannya, Haneesya turut kecewa dengan tiadanya tindakan terhadap individu sedemikian.
"Yang lagi aku tak faham ada CCTV tapi macam tak berfungsi. Buat aduan? Rasanya dah ramai buat aduan," tambahnya.
Lagi mendukacitakan apabila cermin kereta pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek itu pernah pecah dibaling sampah dari kediaman tingkat atas.
"Kereta I pernah pecah cermin sebab orang buang sampah dari atas.
"Dahlah time tu tengah park kereta. Nasib cermin belakang bukan depan. Tengok-tengok makanan dan kari basi. Habis kereta bau macam sampah," tulisnya lagi.
Perkongsian Haneesya itu menarik minat pengguna Twitter untuk berkongsi pandangan masing-masing terhadap isu tersebut.
Malah, ada yang berkongsi keadaan 'menjijikkan' di tempat tinggal masing-masing.
#Viral #Viral #PPR #Haneesya Hanee