Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sungguh Jijik, Tamak!” - Polis Buru Polis Bocor Maklumat Sindiket Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee

Hanafis Haris
31/03/2021 01:20 MYT

Malang buat pasukan polis apabila terdapat anggotanya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Perkara itu didedahkan sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Badr.

Menurut Abdul Hamid, siasatan dilakukan mendapati berlaku kebocoran maklumat apabila Nicky, 33, berjaya memindahkan sejumlah besar wang dibawa keluar dari premis di SetiaWalk, Puchong, Selangor.

"Saksi yakin itu adalah wang tunai sebagaimana dipaparkan di media sosialnya dengan wang ditaburkan di atas lantai.

"Betapa 'slacknya' pegawai ini walhal begitu ramai mangsa tertipu dengan kes ini. Kita akan tangkap pegawai polis ini.

"Mereka ini degil. Masih lagi hidup dengan khayalan dan lihat nasib dia bagaimana.

“Saya mahu lihat sejak bila dia ambil duit. Kalau dia ambil selepas saya bagi amaran, maknanya dia memang tidak cerdik.

“Tamak! Akhirnya tumpas," katanya.

Jelasnya, seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

"Mereka ini (anggota penguat kuasa) bergaul, menjadi ahli, membantu dan menerima suapan daripada sindiket berkenaan.

"Saya akan memperhalusi dan menyiasat akaun bank bagi menyiasat kaedah pembayaran dibuat dan lain-lain perkara untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.

"Saya akan utamakan tindakan di bawah undang-undang dan tatatertib kemudian. Perbuatan itu sungguh jijik,” katanya.

Sekadar info, pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Sebelum ini, Soon Hee pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di pekarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, empat tahun lalu.

Sumber : Harian Metro.

#Viral #Polis #Sindiket #NickyLiow
;