Laman Utama

Sungguhpun Sudah Bebas Kanser, Elyana Masih Tetap Jalani Kemoterapi - “Saya Hutang Lagi Dua…”

gempak
Izwan Isa
05/06/2022
07:50 MYT
Sponsor Banner
Sungguhpun Sudah Bebas Kanser, Elyana Masih Tetap Jalani Kemoterapi - “Saya Hutang Lagi Dua…”
Umum mengetahui yang penyanyi dan pelakon Elyana sudah bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dideritai sejak 11 tahun lalu.
Sungguhpun begitu, menerusi perkongsian di Instagram baru-baru ini, Elyana mengakui masih lagi ‘berhutang’ rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada penyakit berkenaan.
“Hari ini adalah kemoterapi saya yang saya hutang lagi dua. Jadi kenapa saya buat kemoterapi? Ramai yang tanya.. Kerana saya bertanggungjawab terhadap diri saya untuk habiskan dua lagi baki kemoterapi yang sepatutnya saya habiskan.
“Jadi hari ini merupakan hari yang sesuai (untuk menyambung semula rawatan),” kongsi Elyana di Instagramnya.
Justeru, menerusi perkongsian seterusnya, Elyana memberitahu yang proses rawatan kemoterapinya telah berjaya dan dia mempunyai baki satu lagi rawatan yang perlu diselesaikan.
“Alhamdulillah! Selesai chemo… ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus… hati, paru-paru semua cun. Tapi darah merah je kurang sikit bacaan 11.
“Tapi banyak beza… masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah. Terima kasih kepada yang selalu menderma darah, tak ternilai jasa anda. Love you!” tulisnya.
Untuk rekod, Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan penyakit kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza 4 pada 2017.
Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, dia menghidap kanser sejak 2010 dan jangkaan awal doktor, hanya mampu hidup selama setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024