HIBURAN
Sunny Leone Benci Kaki Sendiri - "Sewaktu Kecil, Saya ..."
Bintang Bollywood, Sunny Leone mendedahkan pernah membenci kaki sendiri sewaktu kecil.
Menurutnya dia mempunyai sepasang kaki yang kecil, rambut tebal dan seorang Punjabi dengan warna kulit yang tidak cerah membuatkannya berasa tidak yakin diri.
“Sewaktu saya kecil, saya benci kaki saya. Saya fikir waktu itu mungkin kerana saya menjadi seorang gadis yang bersekolah di sekolah penuh dengan pelajar yang lebih putih dan memiliki rambut yang menawan.
“Saya pula hanya seorang gadis Punjabi berkulit hitam dengan rambut tebal. Dan saya benci untuk menayang atau orang lain melihat kaki saya,” ujar Sunny seperti dilaporkan Hindustan Times.
Namun perasaan tersebut berubah seiring faktor usia. Menurut bintang yang kini berusia 44 tahun, dia kini berasa memiliki sepasang kaki yang ‘kurus’ bukan sesuatu yang patut dimalukan.
“Tapi apabila saya semakin dewasa saya sedar bahawa bukan masalah memiliki kaki yang ‘kurus’.
“Jika dulu saya tidak suka menayang kaki, sekarang saya selasa dan memakai seluar atau skirt pendek. Saya tidak akan menyembunyikan kaki saya lagi.
“Malah saya juga sangat selesa dengan badan sendiri,” kata ibu tiga anak itu.