Gaya Hidup
Suntik Elemen Wayang Kulit, Pakaian Miss Grand Malaysia Dikatakan 'Kepunyaan' Indonesia
Perdebatan antara netizen Malaysia dan Indonesia khususnya berkaitan elemen tradisional dan khazanah negara bukanlah satu perkara yang baru.
Ini kerana pengaruh budaya antara dua negara itu saling berkaitan dan banyak berkongsi persamaan.
Terbaru, pakaian Miss Grand Malaysia yang mengetengahkan ciri-ciri wayang kulit dalam pertandingan Miss Grand International menjadi perdebatan apabila netizen Indonesia mula menyatakan ia hak milik negara mereka.
Menerusi Twitter, ramai diantara netizen Indonesia mengeluarkan hujan serta fakta mereka berkaitan wayang kulit.
Antaranya adalah @Lexyy yang mengatakan Indonesia mempunyai dua wayang iaitu wayang kulit dan wayang golek.
"Bezanya satu dari kulit dan satu lagi dari kayu. Kalau dari Jawa yang kulit dan kalau dari Sunda adalah wayang golek," katanya.
Menjelaskan fakta sebenar, individu dikenali sebagai @sepzaphora tampil memberitahu bahawa wayang kulit bukan hanya ada di Indonesia.Sejak SD (sekolah dasar), kami diajarkan bahwa di Indo wayang ada 2, wayang kulit & wayang golek. Bedanya tentu salah satunya dari wayangnya, yg satu dari kulit, yg satunya dari kayu (golek). Kalau dari Jawa wayang kulit, kalau dari Sunda wayang golek.https://t.co/u02Pg7rV7Z— Lexyy (@Kath09927895) October 8, 2019
"Di negara China, India, Nepal, Turki, juga ada versinya yang tersendiri. Wayang kulit bukan hanya ada di Indonesia.
"Memang tidak dinafikan Indonesia mempunyai wayang kulit, tetapi harus faham bahawa terdapat banyak perbezaan dari segi rupa dan jalan cerita.
"Tidak kisahlah ada pengesahan UNESCO atau tidak, Kita ini segara berjiran, jadi semestinya ada persamaan dalam budayanya," katanya.
Anda boleh lihat gambar perbezaan wayang kulit antara negara di bawah.
Untuk rekod, pakaian yang digayakan Miss Giturand Malaysia diadaptasi daripada Hikayat Seri Rama yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu di Kedah dan Kelantan.Memang tidak dinafikan Indonesia mempunyai wayang kulit, tetapi harus faham bahawa terdapat byk perbezaan dari segi rupa dan jalan cerita.. tgk la sendiri dlm gmbr tersebut.. pic.twitter.com/S2KEuz4LnJ— SZ ツ (@sepzaphora) October 8, 2019
Perkara itu dijelaskan menerusi laman rasmi Facebook Miss Grand Malaysia.
Must-Watch Video