Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Suntik Elemen Wayang Kulit, Pakaian Miss Grand Malaysia Dikatakan 'Kepunyaan' Indonesia

Hanafis Haris 09/10/2019 | 10:21 MYT
Perdebatan antara netizen Malaysia dan Indonesia khususnya berkaitan elemen tradisional dan khazanah negara bukanlah satu perkara yang baru.
Ini kerana pengaruh budaya antara dua negara itu saling berkaitan dan banyak berkongsi persamaan.
Terbaru, pakaian Miss Grand Malaysia yang mengetengahkan ciri-ciri wayang kulit dalam pertandingan Miss Grand International menjadi perdebatan apabila netizen Indonesia mula menyatakan ia hak milik negara mereka.
Menerusi Twitter, ramai diantara netizen Indonesia mengeluarkan hujan serta fakta mereka berkaitan wayang kulit.
Antaranya adalah @Lexyy yang mengatakan Indonesia mempunyai dua wayang iaitu wayang kulit dan wayang golek.
"Bezanya satu dari kulit dan satu lagi dari kayu. Kalau dari Jawa yang kulit dan kalau dari Sunda adalah wayang golek," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjelaskan fakta sebenar, individu dikenali sebagai @sepzaphora tampil memberitahu bahawa wayang kulit bukan hanya ada di Indonesia.
"Di negara China, India, Nepal, Turki, juga ada versinya yang tersendiri. Wayang kulit bukan hanya ada di Indonesia.
"Memang tidak dinafikan Indonesia mempunyai wayang kulit, tetapi harus faham bahawa terdapat banyak perbezaan dari segi rupa dan jalan cerita.
"Tidak kisahlah ada pengesahan UNESCO atau tidak, Kita ini segara berjiran, jadi semestinya ada persamaan dalam budayanya," katanya.
Anda boleh lihat gambar perbezaan wayang kulit antara negara di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, pakaian yang digayakan Miss Giturand Malaysia diadaptasi daripada Hikayat Seri Rama yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu di Kedah dan Kelantan.
Perkara itu dijelaskan menerusi laman rasmi Facebook Miss Grand Malaysia.
#Viral #Indonesia #Viral #Wayang Kulit
;