Laman Utama

Suntikan Vaksin Tak Akan Dilakukan Pada Waktu Malam Ketika Ramadan

gempak
Asraf Aided
12/04/2021
23:02 MYT
Sponsor Banner
Suntikan Vaksin Tak Akan Dilakukan Pada Waktu Malam Ketika Ramadan
Suntikan vaksin COVID-19 tidak akan dilakukan pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Hal itu dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Memetik laporan BERNAMA, suntikan vaksin akan dibuat seperti biasa sehingga petang sahaja kepada mereka yang sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
Difahamkan, tempoh waktu suntikan sehingga petang itu bertujuan untuk tidak mengganggu ibadah umat islam din bulan Ramadan.
"Saya berpendapat jika suntikan dibuat pada waktu malam mereka tidak akan datang, kerana mereka mahu melakukan ibadat tarawih yang hanya setahun sekali sahaja.
"Suntikan vaksin bagi fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 19 April ini. Bagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti Orang ASLI, kita akan hantar pegawai perubatan melalui program 'Out Reach' untuk memberikan suntikan vaksin CanSino bagi sekali suntikan sahaja," katanya dalam sidang media selepas Program Malaysia Prihatin dan Sumbangan Ihya Ramadan, di Dewan Komuniti Bagan Serai semalam.
Tambah beliau, jika orang ramai datang dalam masa yang ditetapkan, pihaknya boleh menyelesaikan suntikan vaksin sehingga 70 hingga 80 peratus penerima menjelang akhir tahun ini.
Ditanya tentang kemungkinan penularann COVID-19 di bazar Ramadan, Noor Azmi menngatakan perkara yang paling penting adalah penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat.
Sumber & Kredit Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live