Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sunyi Punya Pasal, Ibu Belasah Anak Tunggal Sebab Cemburu Ada Kekasih

Maliah Surip
02/09/2022 10:50 MYT
Seorang ibu, Pauline Randles mengaku bersalah atas dua pendakwaan jenayah yang dilakukan terhadap anak lelakinya.

Randles, 57, didapati bersalah selepas melakukan penderaan selepas menyerang anaknya yang merupakan seorang anggota polis.

Dalam kenyataannya dia mendakwa mengalami sindrom kesunyian lalu melakukan penderaan terhadap anak tunggalnya berulang kali.

Penderaan yang dilakukan bermula kerana dia cemburu, anaknya, PC Simon Randles yang berusia sekitar 30 tahun memiliki kekasih. Pasangan tersebut kemudian mengambil keputusan untuk tinggal bersama.

Randles didapati telah menumbuk dan menendang anaknya selepas menuduh kekasihnya, Lauren Stocker telah mengambil lelaki itu daripada kehidupannya.

Dia malah mengugut: “Jika saya nampak perempuan itu, saya akan bunuh dia.”

Selain melakukan penderaan fizikal, Randles juga telah melakukan penderaan mental kepada anaknya dengan menghantar pesanan ringkas ‘mendoakan’ agar Simon mati dan dibuang kerja selama enam bulan tanpa henti.

Malah Randles pernah mengacukan sebilah pisau dan menghantar foto kepada anaknya yang keluar bersama kekasih dengan ugutan akan membunuh diri kerana dirinya didakwa tidak lagi menjadi keutamaan dan perhatian anaknya sejak bercinta.

Segala penderaan fizikal dan mental yang dilakukan kepadanya membuat Simon mengalami masalah kemurungan dan Anxiety sehingga pernah ditahan di hospital.

Setelah didapati bersalah, Randles dijatuhi hukuman dengan tidak boleh mendekati anaknya selama 18 bulan selain membayar denda.

Sumber & Foto: DailyMail.uk

#Viral #Kekasih #Ibu #Belasah #Anak Tunggal #Pauline Randles
;