Zon Lawak

Super Spontan All Stars: Shahrol Shiro Terpaksa Disingkirkan Atas Masalah Kesihatan

gempak
Ahmad Shah
10/10/2015
01:11 MYT
Sponsor Banner
Super Spontan All Stars: Shahrol Shiro Terpaksa Disingkirkan Atas Masalah Kesihatan
Ahli kumpulan #KungfuKipidap terpaksa mengundi Shahrol Shiro sebagai peserta yang tersingkir selepas kumpulan mereka tewas di minggu ketujuh program Super Spontan All Stars. Tanpa kelibat Shahrol yang terpaksa berehat selepas menjalani pembedahan sinus pada Khamis yang lalu, ahli #KungfuKipidap tewas dari segi undian SMS kepada #SilatDongibab yang diketuai oleh Zizan Razak. Penyingkiran Shahrol sebentar tadi menyaksikan #KungfuKipidap kini hanya tinggal tiga peserta iaitu Tauke Jambu, Rahim R2, dan Johan yang akan meneruskan perjuangan mereka pada minggu hadapan. Sebelum bermulanya lima permainan di pentas Super Spontan All Stars, kesemua ahli kumpulan #KungfuKipidap terpaksa menjalani hukuman #LompatJauhSpontan selepas mereka tewas di minggu keenam Jumaat yang lalu. Penyingkiran Shahrol sekaligus menjawab segala teka-teki peminat dan penonton pelawak kelahiran Johor itu bersedia untuk kembali beraksi atau tidak di pentas Super Spontan All Stars. Antara permainan menarik untuk malam ini ialah Duduk Bongkok Berdiri, Pilihan Lain, Sketsa Dua Ayat, Alih Suara dan Direktor Tak Siuman. Untuk berlaku adil, Afdlin Shauki telah meminta salah seorang ahli seorang ahli kumpulan #SilatDongibab untuk menyertai #KungfuKipidap di minggu hadapan supaya para peserta dapat bersaing dan merebut tempat ke pentas akhir yang akan berlangsung kelak. Jangan lupa untuk terus menonton program Super Spontan All Stars pada Jumaat minggu hadapan di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Super Spontan All Stars dihoskan oleh Datuk AC Mizal sementara Afdlin Shauki, Ray dan Haniff beraksi sebagai pengulas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live