Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Superhero Jepun, Ultraman Sah Sertai Keluarga Marvel!

Azwa Rahman
26/11/2019 12:00 MYT
Produksi terkenal Marvel Studio dilaporkan akan bekerjasama dengan superhero terkenal Jepun, Ultraman.

Menerusi laman sosial Twitter, Marvel dan Tsuburaya Productions teruja untuk mengumumkan kolaborasi ini dan mereka bakal mengeluarkan komik bersiri dan novel grafik.
  
Pengumuman itu diwar-warkan sewaktu Tokyo Comic Con dan akan dilancarkan pada tahun 2020.

Namun, untuk pengetahuan semua, kolaborasi ini Ultraman dan Marvel ini hanya untuk kerja-kerja di atas kertas sahaja iaitu yang melibatkan komik dan novel.

Malah, mereka belum ada sebarang perancangan untuk menerbitkan filem Ultraman di dalam Marvel Cinematic Universe.

Jika ada pun, berkemungkinan Ultraman akan wujud di dalam garis masa berasingan dengan karakter-karakter superhero Marvel yang lain.

Biarpun hanya komik dan novel, para peminat Marvel sudah cukup teruja untuk menyaksikan Ultraman tersenarai dalam superhero Marvel.
 
#komik #Marvel #Superhero