Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Superhuman! " - Kekuatan Luar Biasa Ibu Kepada Daphne Iking Buat Ramai Tak Percaya!

Hanafis Haris
12/07/2019 10:16 MYT
Pengacara Daphne Iking berkongsi satu video di Instagram yang memaparkan ibunya sedang menolak gumpalan tanah dan rumput.

Biarpun sudah di lanjut usia, kudrat ibu Daphne ternyata membuatkan warganet kagum.

Menerusi posting terbabit, Daphne menjelaskan ibunya merupakan seorang yang kuat, luar dan dalam.

"Ibu dulu bekerja sebagai jururawat di hospital kerajaan, namun dia berhenti selepas ayah meninggal dunia. Ibu kemudian lebih selesa melakukan apa yang diminatinya iaitu menjadi pekebun.

"Dengan jumlah simpanan yang tidak seberapa, dia kini telah berjaya menguruskan pertenakan ikan, ayam serta kebun buah-buahan dan sayur-sayuran," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen dilihat kagum dengan kekuatan ditonjolkan ibu Daphne.

Kebanyakkan mereka menganggap ibu Daphne sebagai individu yang cekal dalam membesarkan anak-anak mereka.

"Superhuman! Tiada apa yang ibu tak mampu buat," kata seorang warganet.

"Amazing dan sangat memberi inspirasi," kata seorang lagi.

Sehingga kini video terbabit telah menerima tontonan sebanyak 19,045 kali.

Anda boleh lihat video penuh di bawah:

My brother took this video of mum. “Haha check out Mom...wanted to help her out but i just couldn't resist taking this video. Herculess?”. Mum is amazing. I shared this story before, how she landed a scholarship to study in US but it didn’t cover her flight from KK to KL, and she didn’t want her father to sell the household buffalo to chase after her dreams. So she studied locally and became a nurse serving a few government hospitals, including the hospital I was born in, Cottage Hospital Keningau. Mum finally retired as a nursing tutor and after Dad’s passing, went full speed ahead doing what she loves most — becoming a farmer. With minimum savings, she now owns and manages her own fish, pig and chicken farm, is a Palm Oil smallholder , has a bountiful orchard of fruits and vegetables and intends to grow black pepper as her next project. Suffice to say, she always has food on her table. Love you mum @ganahong. Thanks Boy for the video. Rindu ? @ikingjr.mozes

A post shared by Daphne Iking (@daphneiking) on


#Viral #Instagram #Viral #Ibu