Supermodel Amy Nur Tinie Sudah Berhijab?
Amri Hassan
20/09/2023 01:55 MYT
20/09/2023 01:55 MYT
Supermodel terkenal yang juga pelakon dan pengacara, Amy Nur Tinie baru-baru ini hadir ke acara pelancaran produk madu Madduna dengan bertudung litup.
Penampilan itu mencetuskan tanda tanya sama ada bekas Miss Eco International 2019 itu sebenarnya sudah berhijab.
BACA: Hariz Hamdan Layan Amy Nur Tinie Macam Kekasih - "Kalau Tersuka Saya, Pandai-Pandailah Kawal ..."
BACA: "Jadi Pendiam Kata Tak Boleh Ajak Kawan, Jadi Peramah Pula, Attention Seeker," - Amy Nur Tinie Tak Sombong Lah
Mengulas mengenai penampilannya ketika itu, Tinie, 27, memberitahu dia menyesuaikan penampilannya mengikut acara yang dihadiri.
"Bergantung pada client sebenarnya, sebab kadang-kadang mereka yang minta untuk saya berhijab.
"Baru-baru ini saya ada hadiri acara pelancaran anak tudung, jadi saya perlulah menghormati majlis dengan bertudung.
"Tapi siapalah tahu sampai suatu hari nanti terbuka hati untuk saya berhijab, sampai hidayah... Insya-Allah doakan yang baik-baik," katanya kepada Gempak.
Tinie ditemui pada majlis pelancaran produk madu berkhasiat dari Mesir jenama Madduna di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menariknya tentang Madduna, produk itu dihadirkan dalam tiga perisa iaitu madu asli, sitrus dan habatssauda serta diterbangkan dari Mesir.
"Saya memang mengamalkan minum madu sejak kecil lagi dan tabiat itu diturunkan kepada anak-anak saya. Malah, Madduna merupakan antara madu terbaik dari Mesir.
"Kami sendiri pergi melawat kilang di Mesir selepas berpuas hati dengan kualiti dan sumber madu serta operasi syarikat yang mengeksport ke sebahagian besarnya ke pasaran antarabangsa membuatkan keyakinan saya begitu tinggi untuk membawa Madduna ke Malaysia," ujarnya.
Kata beliau, antara kebaikan madu asli keluaran Madduna adalah dapat membantu masalah perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser.
Selain itu menurutnya, rangkaian produk Madduna dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan kebimbangan melampau, kemurungan dan sakit kepala kerana madu Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil pinocerin.
"Dalam usaha untuk menembusi pasaran lebih luasdi seluruh negara, Madduna ingin mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram.
"Selain itu, lima pemenang saguhati akan mendapat set madu Madduna bernilai RM250 setiap seorang menerusi syarat peraduan yang ditetapkan," katanya.
Penampilan itu mencetuskan tanda tanya sama ada bekas Miss Eco International 2019 itu sebenarnya sudah berhijab.
BACA: Hariz Hamdan Layan Amy Nur Tinie Macam Kekasih - "Kalau Tersuka Saya, Pandai-Pandailah Kawal ..."
BACA: "Jadi Pendiam Kata Tak Boleh Ajak Kawan, Jadi Peramah Pula, Attention Seeker," - Amy Nur Tinie Tak Sombong Lah
Mengulas mengenai penampilannya ketika itu, Tinie, 27, memberitahu dia menyesuaikan penampilannya mengikut acara yang dihadiri.
"Bergantung pada client sebenarnya, sebab kadang-kadang mereka yang minta untuk saya berhijab.
"Baru-baru ini saya ada hadiri acara pelancaran anak tudung, jadi saya perlulah menghormati majlis dengan bertudung.
"Tapi siapalah tahu sampai suatu hari nanti terbuka hati untuk saya berhijab, sampai hidayah... Insya-Allah doakan yang baik-baik," katanya kepada Gempak.
Tinie ditemui pada majlis pelancaran produk madu berkhasiat dari Mesir jenama Madduna di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Madu dari Mesir
Sementara itu, pengasas produk Madduna Jadwa Abu Bakar optimis dalam usaha menggalakkan lebih ramai golongan muda menggemari madu.Menariknya tentang Madduna, produk itu dihadirkan dalam tiga perisa iaitu madu asli, sitrus dan habatssauda serta diterbangkan dari Mesir.
"Saya memang mengamalkan minum madu sejak kecil lagi dan tabiat itu diturunkan kepada anak-anak saya. Malah, Madduna merupakan antara madu terbaik dari Mesir.
"Kami sendiri pergi melawat kilang di Mesir selepas berpuas hati dengan kualiti dan sumber madu serta operasi syarikat yang mengeksport ke sebahagian besarnya ke pasaran antarabangsa membuatkan keyakinan saya begitu tinggi untuk membawa Madduna ke Malaysia," ujarnya.
Khasiat madu
Mengulas lanjut, Jadwa memberitahu, madu diakui antara makanan paling berkhasiat dari alam semula jadi yang mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan.Kata beliau, antara kebaikan madu asli keluaran Madduna adalah dapat membantu masalah perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser.
Selain itu menurutnya, rangkaian produk Madduna dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan kebimbangan melampau, kemurungan dan sakit kepala kerana madu Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil pinocerin.
Peraduan selfie Madduna
"Sebagai permulaan, kami sedang membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjana pendapatan lumayan untuk sertai pasukan Madduna sebagai ejen dan stokis sah."Dalam usaha untuk menembusi pasaran lebih luasdi seluruh negara, Madduna ingin mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram.