Biarpun sekuel kedua Black Panther tidak disenaraikan dalam fasa keempat Marvel Cinematic Universe (MCU), namun desas desus mengenai siapakah pemegang watak ‘supervillain’ filem terbabit telah mula diperkatakan.

Semuanya gara-gara dakwaan mengatakan bintang kelahiran Malaysia, Henry Golding akan membawa watak dikenali sebagai Namor dalam Black Panther 2.

Malah, khabar angin ini telah mula tular di media sosial khususnya di Twitter.
Pada yang tidak tahu, Namor merupakan sejenis hybrid antara manusia dan hidupan laut yang berasal dari Atlantis.

Disebabkan itu keupayaannya tertumpu di lautan, Namor sering dibandingkan dengan watak Aquaman dari DC Comics.

Malah, jika anda masih ingat dalam filem Avengers: End Game, pembantu Black Panther iaitu Okeye pernah memberitahu Black Widow berhubung satu gegaran dikesan di perairan berhampiran pantai Wakanda.

Babak ini menjadi petunjuk penting berhubung teori kemunculan Namor dalam filem terbaru MCU.

Biarpun dakwaan Henry memegang watak Namor ini masih belum disahkan sendiri oleh pihak Marvel, namun sumber yang mengeluarkan laporan ini adalah pihak sama yang mendedahkan Robert Pattinson akan memegang watak Batman.

Oleh itu, keberangkalian untuk bintang Crazy Rich Asians ini membawa watak dalam filem Marvel agak tinggi.

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya berita baik ini satu perkara yang menggembirakan bukan?

Tambah lagi selepas harapan menyaksikan pelakon Raja Ilya membintangi filem produksi Hollywood berkecai apabila pelakon itu terpaksa menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem Marvel.

Untuk rekod, antara filem terbitan Marvel yang bakal menemui penonton dalam tempoh dua tahun akan datang ialah Black Widow, The Eternals, Thor 4: Love and Thunder dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

BACA: Siap Sedia, Perjalanan Marvel Fasa 4 Kini Bermula!

Sumber: Wegotthiscovered