Viral

"Surat Tuntutan Cerai Bukan Dari Saya" - Aliff Syukri Ulas Situasi Rumah Tangga Dengan Shahida

gempak
Amri Hassan
03/04/2020
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Surat Tuntutan Cerai Bukan Dari Saya" - Aliff Syukri Ulas Situasi Rumah Tangga Dengan Shahida
Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan hubungannya dengan isteri, Datin Seri Shahida masih bahagia.
Kata Aliff, dia keliru apabila adda pihak yang menyebarkan cerita tidak tepat mengenai rumahtangganya.
"Kalau tanya saya, ya... bagi saya kami masih bahagia. Saya pun tak tahu akan ada isu sedemikian (cerai) sebab selama ini bagi saya okey saja.
"Tapi tak mengapalah, saya pun tak mahu nak tuduh atau burukkan mana-mana pihak sebab paling penting anak-anak saya yang sedang membesar," kata Aliff kepada Media Hiburan.
Tambah Aliff, surat tuntutan cerai yang tersebar di Internet bukan dari pihaknya.
"Surat (tuntutan cerai) itu bukan dari saya pun.
"Netizen salah faham ni. Kalau tengok betul-betul, bukan saya yang tuntut atau failkan.
"Saya sendiri pun terkejut apabila ia tiba-tiba viral.
"Saya harap tidak ada lagi yang bertanya mengenai siapa yang failkan atau sebaliknya," tambahnya.
Nasihat Aliff agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan memahami situasinya.
"Jujur saya terkejut apabila tiba-tiba banyak teks masuk bertanya itu dan ini tentang hal rumah tangga saya.
"Ada yang hentam dan tak kurang yang membuat spekulasi sendiri," getus Aliff lagi.
Baru-baru ini kecoh apabila surat tuntutan cerai dipercayai milik pasangan itu tersebar di Internet.
Difahamkan, ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.
Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram.
Menerusi perkahwinan Aliff dan Shahida, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.
Sumber: Media Hiburan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live