Hiburan
Suri Rumah Ini Main Game Je, Tapi Pendapatan Cecah 5 Angka? Pergh!
Siapa kata bermain permainan video tidak boleh menjana pendapatan?
Perkara ini telah pun dibuktikan oleh seorang suri rumah apabila berjaya mendapat pulangan yang tinggi, hasil bermain 'game'.
Difahamkan, sehingga kini Roslinda Embran yang turut dikenali sebagai Miss Rose telah memperoleh pendapatan mencecah sehingga lima angka.
Menerusi YouTube stesen radio ZAYAN, Roslinda memberitahu dia mula berjinak dengan dunia 'gaming' sejak Oktober 2018 dan memberikan fokus kepada permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG.
"Mula-mula memang tak pandai, tapi lepas dapat nasihat daripada 'streamer' lain, Alhamdulillah saya sampai ke tahap sekarang.
"Di situ jugalah saya mula jana pendapatan," katanya.
Tambah Roslinda, dia pada awalnya hanya menerima 25 tontonan saja, namun selepas dua hingga tiga bulan barulah jumlah berkenaan meningkat.
"Jangan putus asa, jangan mengalah. Teruskan saja strim walaupun tontonan kosong.
"Sebagai isteri jangan harap 100 peratus pada suami. Kena ada simpanan sendiri juga.
"Tapi jangan abaikan anak dengan suami, pastikan semua selesai baru strim. Minimum tiga jam," katanya.
Anda boleh lihat video berkenaan di bawah: