Hiburan
Suri Rumah Pekerjaan Paling Sukar Bagi Preity Zinta
Aktres Bollywood, Preity Zinta mengakui tidak mudah menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.
Menurut laporan Pinkvilla.com, Preity berkata lebih mudah menjadi seorang pelakon berbanding menjadi suri rumah.
"Menjadi suri rumah merupakan sesuatu pekerjaan yang sukar kerana sesorang itu harus melakukan kerja pada setiap masa.
"Saya harus menguruskan pelbagai perkara ketika berada di rumah terutama dalam menjaga kebajikan suami dan anak.
"Apa yang saya boleh katakan ialah sesorang perempuan yang bergelar suri rumah tangga itu merupakan wanita yang hebat.
"Selain itu saya juga amat menghargai jasa mereka tambahan pula wanita yang mampu bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan rumah tangga mereka," katanya .
Menurut Preity, dia mengambil keputusan untuk kembali berlakon semula selepas berehat seketika selepas berkahwin dengan Gene Goodenough yang berasal dari Los Angeles pada tahun lalu.
Must-Watch Video