Pengarah, Jamal Khan mengakui terpaksa memujuk teraju utamanya, Sharnaaz untuk menjayakan satu babak menari dalam filem Jebat.

Menurut Jamal, babak tersebut memerlukan diri Sharnaaz melakukan ‘Swing Dance’ bersama Nelydia Senrose ketika menjalani penggambaran di Republik Czech.

“Di sebalik tabir masa di Prague. Jenuh pujuk Sharnaaz buat swing dance.

“Mamu ni ampa suruh dia bersilat anytime (bila-bila masa), tapi suruh menari..hanam..(jahanam),” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Jamal berkongsi rakaman video memaparkan gelagat Sharnaaz yang kelihatan ‘kayu’ ketika cuba mendapatkan rentak untuk menari.

BTS masa kat prague jenuh pujuk @sharnaazahmad #jebat buat #swingdance. mamu ni ampa suruh dia bersilat anytime! tapi suruh menari.. hanam.. hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! @astrofirsteksklusif @nelydiasenrose @sharnaazahmad @peterhughdavis @carmen_soo @sangeeta_krishnasamy @theidriskhan @louisaalissachong directed by jamal khan jabar produce by pena craetive picture dato ziela jalil

A post shared by ??? (@khanmancung) on


Babak tersebut merupakan sebahagian daripada jalan cerita yang memaparkan watak Jebat dan Mas ketika sedang berbulan madu.

Jadi, kalau anda nak tengok gelagat Sharnaaz menari, jangan lupa tonton filem Jebat hari di Astro First menerusi saluran 480.

Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

BACA: Filem Jebat Kutip RM2 Juta Dalam 11 Hari Tayangan, Memang Terbaik!

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.