Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Suruh Dia Diet Kak, Takut Nanti Jadi Obese” - Netizen Minta Zarina Zainuddin Jaga Pemakanan Anak

Izwan Isa
18/07/2023 13:50 MYT
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin berkongsi sepotong video yang mempamerkan anaknya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal sedang menyanyikan lagu Majulah Singapura dengan lancar.

Menerusi video tersebut, Azal dilihat menyanyikan lagu kebangsaan republik itu tanpa menyarungkan pakaian.

Hal tersebut tentulah meraih perhatian pengikut Zarina. Pada ruangan komen, ada yang meminta supaya Azal untuk kembali ke gimnasium dan ada juga yang meminta Zarina supaya menjaga pemakanan anaknya.



“Azal bila nak pergi gym lagi? Bukan ke haritu azal semangat nak main gym ke?”

“Suruh dia diet lah kak huhu. Takut nanti jadi obese.”

“Betul, mungkin kurangkan karbo dan lebihkan veggies di menu abang. Kalau berat badan terjaga, insya-Allah lebih sihat.”

Begitupun, tidak kurang ada juga yang memuji Azal kerana dapat menghafal lagu Majulah Singapura walaupun tidak tinggal di sana.

“Wah Azal sejak ulang alik Singapura ni kan dah pandai nyanyi lagu kebangsaan kita… Dah boleh apply PR ni.”

“Cutenya Azal dah lulus CFM bole jadi Anak Temasek.”

BACA: [VIDEO] “Saya Sanggup Tunggu Sampai Habis, Memang Hebat Berlakon” – Netizen Puji Lakonan Anak Zarina Zainudin​

BACA: [VIDEO] Zarina Zainuddin Mahu Lihat Azal Ada Isteri, Minta Tolong Netizen Carikan Calon; “Siapa Sudi Boleh DM…”​

#Zarina Zainuddin #Diet #Singapura #Azal
;