Hiburan
"Susah! Babak Ambil Masa 10 Hari Tapi..." - Hairul Azreen Kongsi Kesukaran 'Bertarung' Dengan Yayan Ruhian Dalam Filem Wira!
Pelakon utama filem Wira, Hairul Azreen tidak menafikan babak kemuncak pertarungannya bersama Yayan Ruhian adalah yang paling sukar sepanjang menjalani penggambaran.
Menurut Hairul, memang dari awal dia telah membayangkan pertarungan 'klimaks' itu dijangka memberikan tekanan kepadanya kerana perlu 'bertarung' dengan pelakon lagenda dalam dunia seni bela diri.
"Siapa je tak cuak bila dengar kena berlawan dengan Yayan. Saya sendiri terfikir mesti babak tu paling susah.
"Namun apa yang tidak disangka-sangkanya, babak 'fighting' itu cepat sangat selesai. Bila habis je penggambaran saya pelik sebab dah selesai dalam tempoh masa yang lebih cepat.
"Sepatutnya penggambaran untuk babak itu dijangka mengambil masa 9-10 hari tapi kami berjaya selesaikan dalam lima hingga enam hari saja. Mungkin sebab berkerja dengan Yayan yang sudah profesional terasa lebih senang," katanya.
Tambah Hairul lagi, selain babak berkenaan, dia juga akui babak di sebuah kilang lama juga antara yang sukar.
"Sebab babak itu jugalah ligamen kaki saya koyak sebab perlu terjun dari tingkat atas.
"Aksi fighting dalam babak itu agak sukar kerana ia kena ambil satu 'shot' je. Kalau satu salah, habis semua kena buat semula.
"Tak silap saya kamera saja empat orang bertukar ganti," katanya.
Pastinya anda tertanya-tanya kehebatan kedua-dua babak ini bukan? Pada yang belum menonton, filem Wira telah pun mula ditayangkan bermula Khamis lalu.
Selain Hairul, filem ini turut dibintangi oleh Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Malah, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.
Must-Watch Video