"Susah Hati Angah Tengok Mak Sakit" - Ibu Nadzmi Adhwa Masuk Hospital

Asraf Aided
Januari 13, 2019 06:59 MYT
Pelakon Nadzmi Adhwa berasa bimbang kerana ibunya telah dimasukkan ke hospital akibat mengalami masalah kesihatan.
Perkara itu dikongsi Nadzmi menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.
Menurut Nadzmi, dia berasa susah hati melihat keadaan ibunya kerana wanita itu adalah seorang yang sangat mementingkan aspek penjagaan kesihatan dan jarang jatuh sakit sebelum ini.
"Susah hati Angah tengok mak sakit, mak saya ni susah nak sakit tau.
"Makan jaga, minum pun dia jaga, manis memang tak sentuh langsung.
"Tapi itulah, sakit ni memang tak kira masa kan? Walaupun kita jaga, kalau nak kena tetap kena," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Nadzmi turut meminta orang ramai untuk mendoakan ibunya supaya diberi kesembuhan sengan cepat.
"Angah sayang mak tau, cepat-cepat sembuh ya mak, doakan mak saya ya," tulisnya mengakhiri kapsyen terbabit.
#Nadzmi Adhwa