Pelakon jelita, Fasha Sandha memuji kebaikan dan sikap pelakon Azar Azmi.

Menurut Fasha, Azar sentiasa menghormati dan bersikap baik terhadap orang lain ketika menjalani sesi penggambaran.

Selain itu, Fasha juga mengatakan agak sukar baginya menemui pelakon junior yang sangat baik seperti Azar.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Tiba-tiba teringat pula dekat dia, dia ni budak kecik yang baik, hormat orang tua dan kuat cari duit.

"Paling win bila dia selalu cari kerusi nak bagi kami duduk, baik kan?

"Susah nak cari pelakon-pelakon junior yang baik macam dia, good luck!" tulis Fasha sebagai kapsyen.'

Di entri itu, Fasha turut berkongsi foto selfie bersama Azar.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji kemesraan dua pelakon itu.

Rasa Macam lama tak jumpa dak kecik ni on set la. Sebab bila kami kat Team B, dia kat Team A. Satu drama tapi 2 team. Ni Tiba2 teringat pulak kat dia. Dia ni dak kecik yang baik, hormat orang tua Dan kuat cari duit. Paling win bila dia selalu cari kerusi nak bagi kami duduk. Baik kan? Susah nak cari pelakon2 junior yang baik Macam dia. Good luck! . Yang belakang tu awat dok photo bomb

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on