"Susah Nak Cari Pelakon Junior Baik Macam Dia..." - Fasha Sandha Puji Azar Azmi

Asraf Aided
Oktober 23, 2019 11:05 MYT
Pelakon jelita, Fasha Sandha memuji kebaikan dan sikap pelakon Azar Azmi.
Menurut Fasha, Azar sentiasa menghormati dan bersikap baik terhadap orang lain ketika menjalani sesi penggambaran.
Selain itu, Fasha juga mengatakan agak sukar baginya menemui pelakon junior yang sangat baik seperti Azar.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Tiba-tiba teringat pula dekat dia, dia ni budak kecik yang baik, hormat orang tua dan kuat cari duit.
"Paling win bila dia selalu cari kerusi nak bagi kami duduk, baik kan?
"Susah nak cari pelakon-pelakon junior yang baik macam dia, good luck!" tulis Fasha sebagai kapsyen.'
Di entri itu, Fasha turut berkongsi foto selfie bersama Azar.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji kemesraan dua pelakon itu.
#Fasha Sandha #Azar Azmi