Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Susah Nak Jadi Wanita Tinggi Akhlak, Sebab Tu…” - Amira Othman

Mya Amri
08/10/2020 05:30 MYT
Kawan yang baik juga merupakan satu rahmat. Itulah gambaran ungkapan mengenai ukhwah persahabatan antara penyanyi Amira Othman, Wany Hasrita dan Heliza Helmi.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Amira menyatakan rasa syukur kerana memiliki sahabat yang sentiasa mengingatkannya tentang kebaikan, agama dan juga menjaga akhlak.

“Masa ni baru dapat tahu dapat pergi Haji. Memang mengejut dan banyak benda tak tahu tapi kak @nurhelizahelmi macam biasa bila-bila masa dia sedia berkhidmat untuk sesiapa pun.

“Selalu suruh kami doakan dia. Tapi selalu saya terfikir, hebatnya Kakja ni rasanya masa dia kat dunia memang dia habiskan untuk saham-saham akhirat.

“Susah nak jadi wanita tinggi akhlak macam Kakja dan Wany ni kan. Kalau ada kawan macam ni korang jaga elok-elok please...

“Susah kan nak jadi baik? Sebab tu antara medium nak berubah ni kena ada kawan-kawan yang sama-sama nak berubah dan ajak kita sama-sama membuat kebaikan,” coretnya.

Coretan itu juga turut disertakan dengan foto merakamkan wajah Amira, Wany dan Heliza sedang 
tersenyum manis.

Terdahulu, Amira dan Wany pernah ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama pada 7 Ogos 2019.


 
#Amira Othman