Laman Utama

“Susah Nak Puaskan Hati Orang… Tegur Dahulu Baru Tahu” – Sombong? Ryan Bakery Kata Jangan Buat Spekulasi Sendiri

gempak
Mya Amri
01/09/2022
15:15 MYT
Sponsor Banner
“Susah Nak Puaskan Hati Orang… Tegur Dahulu Baru Tahu” – Sombong? Ryan Bakery Kata Jangan Buat Spekulasi Sendiri
Pempengaruh TikTok, Ryan Bakery menafikan dakwaan mengatakan dirinya sudah mula sombong selepas semakin dikenali ramai.
Bagaimanapun kata Ryan, pada mulanya dia berasa tersinggung kerana itu bukanlah sikapnya yang sebenar dan dia berharap orang ramai tidak membuat tuduhan melulu hanya berdasarkan gambaran luaran sahaja.
“Masa mula-mula dengar menyirap juga rasa. Orang kata kita sombong tapi sebenarnya tidak. Kadang-kadang orang yang menilai ini dia hanya tengok dari jauh, mungkin cara saya jalan ke, muka saya ke.
“Cuba tegur, baru tahu saya ini sombong atau tidak. Saya okay sahaja tetapi itulah, kita tidak dapat nak puaskan hati semua orang,” kata Ryan ketika ditemui Gempak.
Tambah Ryan lagi, tiada sebab untuk bersikap sombong kerana pengikut media sosial banyak memberikan sokongan kepadanya.
“Kalau orang tegur, kita okay sahaja. Kalau orang rakam dari jauh memanglah nampak saya sombong. Cuba tegur, saya ini sebenarnya ‘gila-gila’ orangnya.
“Bagi saya tak ada sebab untuk bersikap sombong, mereka yang banyak memberikan sokongan pada saya, pada content saya dan sebagainya. Tanpa mereka siapalah saya,” ujarnya.
Terdahulu, Ryan merupakan antara personaliti media sosial disukai ramai kerana kandungan konten yang dilakukannya tidak merapu dan banyak mengingatkan kenangan kehidupan di zaman kanak-kanak.
Ryan juga popular dengan imej kanak-kanak berwajah comot dan berbedak di bahagian wajahnya sebagai salah satu karakter dalam kontennya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024