Pelakon Izreen Azminda mendedahkan dia kini mengalami masalah sukar untuk tidur di waktu malam.

Bakal melahirkan anaknya dalam masa terdekat, lebih mengejutkan Izreen memberitahu beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).

“Dah hujung-hujung (fasa terakhir hamil) ni memang semua mommies ada masalah tidur ke?

“Saya susah sungguh nak tidur sejak akhir-akhir ni.. kalau tidur pun tidur-tidur ayam ja..

“Pusing sana tak kena sini tak kena..Makan pun dah kurang.. eceh… padahal dah 80kg lebih ni,” katanya.

Izreen berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik wajahnya yang mengenakan gincu merah.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing.

“Serius la 80kg? Tak nampak pun macam berat tu,” tanya salah seorang warga maya.

“Sama! nak nangis dan stress kalau nak tidur…semalam 2 jam je tidur,” komen salah seorang pengikutnya.

Izreen mendirikan rumah tangga bersama suami Ude Wahid secara rahsia pada 8 Ogos 2019. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim, 2.

Terdahulu Izreen berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda)