Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

Gempak
16/07/2024 03:04 MYT
Seorang penjawat awam ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada Selasa bagi membantu siasatan kes kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren tiba di mahkamah itu kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pukul 6 petang semalam.

Nur Farah Kartini ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan kehilangan Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dibuat di Tanjung Malim, pukul 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Sebelum dilaporkan hilang, wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Sumber – MalaysiaGazette

#Suspek #Nur Farah Kartini