Susu Pisang & Minions? Kombinasi Comel F&N Magnolia Sempena Musim Cuti Sekolah
Bersempena musim persekolahan yang baharu, F&N MAGNOLIA bergabung dengan watak kegemaran ramai, Minions daripada Illumination, untuk memperkenalkan siri edisi terhad produk tenusu yang penuh keceriaan dan kelazatan.
Tarikan utama ialah Susu Pisang UHT F&N MAGNOLIA dalam pek 1L dan 200ml (pek 6), kini dengan rekaan pembungkusan ceria berinspirasikan Minions. Tersedia di seluruh negara bermula 1 Jun 2025, produk ini sesuai dinikmati oleh seisi keluarga, pada bila-bila masa.
Turut memeriahkan rangkaian ialah Susu Segar 100% dan Susu Coklat F&N MAGNOLIA (pek 6) dengan tiga rekaan eksklusif Minions. Ia akan mula dijual pada 1 Julai 2025 secara eksklusif di 99Speedmart dan AEON terpilih. Manakala, aiskrim Neapolitan dan Vanila F&N MAGNOLIA bersaiz 1.4L turut mendapat sentuhan Minions dan akan berada di pasaran mulai tarikh yang sama.
Menurut Ronnie Teo, Ketua Pegawai Jenama dan Komersial Fraser and Neave, Limited:
"Kami teruja bekerjasama dengan Minions yang penuh kenakalan ini untuk musim cuti sekolah, dengan memperkenalkan Susu Pisang edisi terhad dan rangkaian sajian menarik lain yang pasti membawa keceriaan kepada semua."
MENANG HADIAH MENARIK DENGAN PEMBELIAN PRODUK MAGNOLIA MINIONS
Setiap pembelian RM10 produk susu F&N MAGNOLIA Minions layak untuk menyertai peraduan nasional dengan hadiah bernilai lebih RM69,000, termasuk:
-
Beg Galas Kulit Minions (RM1,200)
-
Set Kembali ke Sekolah Minions (RM165)
-
Patung Plush Minions (RM80)
-
PIN tambah nilai eWallet Touch ‘n Go (RM10)
Peraduan berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2025, dengan 46 pemenang dipilih setiap minggu.
AKTIVITI MENARIK DI PUSAT MEMBELI-BELAH
Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM20, pengunjung boleh menyertai permainan interaktif “Catch the Banana” di reruai istimewa dan berpeluang membawa pulang hadiah seperti beg kanak-kanak, bekas makanan, botol air, dan payung Minions.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk F&N MAGNOLIA dan aktiviti Minions, layari https://rebrand.ly/fnnminions.