GAYA HIDUP

Susu Pisang & Minions? Kombinasi Comel F&N Magnolia Sempena Musim Cuti Sekolah

Amri Hassan 13/06/2025 | 18:10 MYT

Bersempena musim persekolahan yang baharu, F&N MAGNOLIA bergabung dengan watak kegemaran ramai, Minions daripada Illumination, untuk memperkenalkan siri edisi terhad produk tenusu yang penuh keceriaan dan kelazatan.

Kolaborasi ini menampilkan Susu Pisang UHT dan aiskrim bertema Minions yang pasti menceriakan hari anda — sesuai untuk bekalan sekolah, snek petang mahupun pencuci mulut di rumah.

Tarikan utama ialah Susu Pisang UHT F&N MAGNOLIA dalam pek 1L dan 200ml (pek 6), kini dengan rekaan pembungkusan ceria berinspirasikan Minions. Tersedia di seluruh negara bermula 1 Jun 2025, produk ini sesuai dinikmati oleh seisi keluarga, pada bila-bila masa.

Turut memeriahkan rangkaian ialah Susu Segar 100% dan Susu Coklat F&N MAGNOLIA (pek 6) dengan tiga rekaan eksklusif Minions. Ia akan mula dijual pada 1 Julai 2025 secara eksklusif di 99Speedmart dan AEON terpilih. Manakala, aiskrim Neapolitan dan Vanila F&N MAGNOLIA bersaiz 1.4L turut mendapat sentuhan Minions dan akan berada di pasaran mulai tarikh yang sama.

Menurut Ronnie Teo, Ketua Pegawai Jenama dan Komersial Fraser and Neave, Limited:
"Kami teruja bekerjasama dengan Minions yang penuh kenakalan ini untuk musim cuti sekolah, dengan memperkenalkan Susu Pisang edisi terhad dan rangkaian sajian menarik lain yang pasti membawa keceriaan kepada semua."

MENANG HADIAH MENARIK DENGAN PEMBELIAN PRODUK MAGNOLIA MINIONS

Setiap pembelian RM10 produk susu F&N MAGNOLIA Minions layak untuk menyertai peraduan nasional dengan hadiah bernilai lebih RM69,000, termasuk:

Peraduan berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2025, dengan 46 pemenang dipilih setiap minggu.

AKTIVITI MENARIK DI PUSAT MEMBELI-BELAH

A post shared by F&N Magnolia Malaysia (@magnoliamilkmalaysia)

F&N MAGNOLIA turut menganjurkan acara promosi di AEON terpilih sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru. Pembelian produk bernilai RM40 melayakkan anda mencuba nasib di mesin 'blind box' gergasi untuk memenangi barangan eksklusif Minions.

Selain itu, dengan perbelanjaan minimum RM20, pengunjung boleh menyertai permainan interaktif “Catch the Banana” di reruai istimewa dan berpeluang membawa pulang hadiah seperti beg kanak-kanak, bekas makanan, botol air, dan payung Minions.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk F&N MAGNOLIA dan aktiviti Minions, layari https://rebrand.ly/fnnminions.

#Susu Pisang #Minions #Magnolia