Hiburan
"Susunan Lagu Ini Perlu Diserahkan Lebih Awal Tetapi .." - Rasa Bersalah Dengan Lok U, Air Mata Siti Sarah Gugur
Penyanyi Siti Sarah akui pemergian komposer terkenal, Faizal Uzir atau dikenali dengan Lok U sangat memberi impak dalam dirinya.
Menurut Sarah, dia berasa menyesal kerana terlupa untuk menjemput arwah untuk hadir di hari pembukaan kafenya, Bubble Bee yang diadakan pada penghujung tahun lalu.
"Sebelum ini dia ada mesej saya tanya mengenai pembukaan kafe Bubble Bee baru-baru ini tapi saya betul tak ingat nak ajak dia waktu tu.
"Dalam perbualan itu dia ada bertanya mengenai bisnes dan saya kata kalau betul-betul berminat kita boleh bantu.
"Saya tak pasti apa hajat dia sama ada nak buat bisnes atau hanya sekadar nak tengok-tengok dulu.
"Itulah sesalan saya hingga hari ini, rasa bersalah sangat.
"Selepas arwah meninggal, saya mengalami kebimbangan (anxiety) yang teruk," katanya kepada Gempak.
Sarah ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbarunya, Dap Dap Dap di Damansara Perdana.
Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio dan usahawan Shuib Sepahtu menyatakan arwah bukan seorang yang suka melengahkan urusan kerjanya.
"Saya ada bertanyakan mengenai single terbaru, dua hari sebelum dia meninggal dan mengatakan lagu itu hampir siap.
"Susunan lagu ini perlu diserahkan lebih awal, tetapi arwah seakan sengaja melengah-lengahkan sedangkan sikapnya bukan begitu.
"Arwah juga ada menghasilkan lagu untuk pemuzik yang terlebih dahulu pergi iaitu arwah Kelly.
"Lagu ini dihasilkan bersama arwah Aji, tetapi belum sempat siap Aji pula pergi mengikut jejak langkah Kelly tetapi arwah teruskan juga.
"Mulanya dia berhasrat untuk buat muzik instrumental, tetapi Indigital Music menyarankan nama saya dan dia bersetuju," katanya lagi.
Terdahulu, Lok U meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi pada 22 Januari kerana mengalami sesak nafas selepas pulang dari jogging dan rebah di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan.