Bintang Big Stage 2019, Syada Amzah mengejutkan ramai dengan penampilan terbaharu apabila muncul lebih langsing selepas setahun.

Berkongsi penurunan berat badannya dari 56 kilogram kepada 45 kilogram, perubahan badannya itu mendapat reaksi positif daripada peminat di Twitter.

Malah, ada yang meminta petua daripada Syada untuk menurunkan berat badan secara optimum sepertinya.



"Tips dia heartbreak ke ni?" soal seorang peminatnya.

Jawab Syada; "Jangan. Heartbreat tu memang tak boleh lari. Entah, just tak ada selera atau minat nak buat apa-apa. Dulu waktu jaga makan, badan naik. So, berat tu turun bila kita tak ambil kisah pasal dia."



Bagaimanapun, Syada menasihati orang ramai agar tidak mengikuti caranya berdiet untuk kurus.

"I unhealty routine babe, I kurang minum, kurang makan, kurang rehat, semua kurang. Tak ada selera atau semangat to do anything, jangan ikut I," ujarnya.



Biarpun ramai yang memuji saiz badannya yang terdahulu, Syada akui berat badannya kini membuatkannya lebih yakin apabila berpakaian.

"Pakai baju berlapis tak cantik, badan rasa berat sangat," kata Syada.

Ruangan akaun Twitter penyanyi muda itu terus dihujani pujian daripada peminat dan masih mahukan petuanya berdiet biarpun tegas Syada caranya tidak sihat.