Personaliti Media Sosial Hafiz Mahamad terpanggil untuk membantu 100 orang yang tidak berkemampuan bagi melakukan ujian saringan COVID-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz, 27, berkongsi berita baik itu untuk tatapan umum.

“Esok saya akan bantu 100 orang untuk buat swab test. Minta doa sahabat semua, ada sebab saya buat.

“Swab test harga RM200 - RM300. Bukan semua yang mampu dan mereka tak tahu macam mana condition mereka. Saya kesian sangat bila dengar ada yang cakap “nak buat macam mana bang, ok tak ok kami kena kerja macam biasa sebab nak buat swab pun kami kena perah tenaga”.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


“Insya Allah apa sedikit yang ada saya cuba bantu sebab awak semua sahabat-sahabat saya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Pada 14 Januari lalu, Hafiz disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja.

Tindakan murni usahawan kosmetik ini mendapat pujian wargamaya apabila dia sering menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan.

Malah, ada wargamaya yang turut meninggalkan komen mahu mengambil ujian saringan secara percuma ini dan turut memberikan cadangan siapa yang harus diberi keutamaan.

Moga beri keutamaan kepada pekerja industri, Grab Food, Food Panda, Lalamove, BungkusIt, runner dan mereka yang ada simptom kerana pihak KKM lebih utamakan yang ada simptom,” cadang seorang wargamaya.

Salam, macam mana nak buat tu? Saya nak,” tanya seorang wargamaya.

Semoga ada rezeki saya sekeluarga. Suami saya pergi kerja naik public transport. Kadang-kadang risau anak masih kecil. Balik je anak terus menerpa dekat papa dia,” ujar seorang wargamaya.

Suri rumah macam saya ni boleh buat tak? Husband kerja jumpa ramai orang. Anak pun tengah demam sekarang. Saya seminggu ni rasa seram sejuk macam nak demam. Risau juga kalau tiada simptom tapi positif,” kata seorang wargamaya.

Selepas 10 hari menjalani kuarantin di rumah, Hafiz telah disahkan bebas daripada virus itu beberapa hari yang lalu.

Isterinya, Nur Syafiqah Aina Abdul Wahab, 26, dan anak perempuan mereka Raisya Arisa yang berusia dua tahun disahkan negatif COVID-19.