Artis pun manusia biasa sama seperti kita, jadi tindak tanduk mereka pun masih normal dan adakalanya tidak perlu disimpan-simpan.

Berpakaian cantik dan serba mewah, namun mereka memaparkan transisi individu normal apabila tidak berdepan dengan peminat dan jurugambar.

Hal itu terjadi ketika acara Met Gala 2017 yang berlangsung semalam di Costume Institute, New York City Metropolitan Museum of Art.

Foto-foto selebriti terkenal Hollywood bersantai di dalam bilik air ketika acara sedang berlangsung menarik perhatian netizen berbanding acara karpet merah.

Antara selebriti yang memuat naik gambar ketika sedang berehat di dalam bilik air ialah Rita Ora, Kylie Jenner, Kim Kardashian, Dakota Johnson dan Paris Jackson.

Mereka mencuri tumpuan menerusi gambar swafoto di hadapan cermin bilik air serta beberapa gambar candid ketika bersama rakan selebriti.

Met Gala merupakan acara tahunan untuk mengutip derma untuk disalurkan kepada muzium kesenian tersebut.

Bertemakan avant garde, Met Gala 2017 mengilhamkan pereka Rei Kawakubo dan label fesyen terkenal Tokyo, Comme Des Garcons.

Jom layan gambar-gambar menarik mereka.

annual bathroom selfie

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

All goes down in the toilets. x Stella

A post shared by Stella McCartney (@stellamccartney) on


???? #dakotajohnson #metgala

A post shared by @holyjamied on



Teks oleh: Amri Hassan