,
Berita

Sweden Dakwa Pelaku Biadab Bakar Al-Quran

Gempak
30/08/2024
15:55 MYT
Pendakwa raya Sweden pada Rabu mendakwa dua lelaki dengan dakwaan menghasut kebencian etnik berhubung tindakan biadab membakar al-Quran pada 2023 yang turut mencetuskan kemarahan di seluruh negara Islam.
Pendakwa raya kanan, Anna Hankkio berkata, warga Iraq, Salwan Momika dan pembantah bersama, Salwan Najem didakwa melakukan perbuatan provokasi melampau itu menerusi empat kejadian pada musim panas tahun lalu.
"Kedua-duanya sengaja menyinggung perasaan Muslim dan mencemari kesucian al-Quran dengan tindakan mereka dan wajar dibicarakan di mahkamah," ujarnya.
Hubungan Sweden dengan beberapa negara di Asia Barat turut tegang kerana perbuatan mereka.
Penunjuk perasaan di Iraq turut menyerbu Kedutaan Sweden di ibu kota dan mencetuskan kebakaran di kawasan pekarangan premis itu ketika insiden serbuan kedua.
Pada Ogos tahun lalu, perkhidmatan risikan Sapo di Stockholm menaikkan tahap ancaman kepada empat selepas insiden bakar al-Quran menyebabkan negara itu berpotensi menjadi sasaran.
Pada awal bulan lalu, aktivis sayap kanan, Rasmus Paludan dengan tuduhan sama berhubung tindakannya yang membakar kitab suci itu di bandar selatan Malmo pada 2022.
Sebelum ini, pendakwa raya memaklumkan tindakan mencemari kesucian al-Quran boleh dilihat sebagai kritikan terhadap kitab agama dan ia dilindungi di bawah hak kebebasan bersuara.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Orang Minta Minyak Wangi Jenama Nidza Afham, Kakak Luah Rasa Kecewa - “Saya Meniaga Untuk Cari Rezeki, Awak Rasa Okay Ke Tanya Benda Macam Ni?”

gempak
19/08/2024
09:25 MYT
Kakak kepada Allahyarham Nidza Afham iaitu Irfahanie meluahkan rasa geram dengan sikap sesetengah pihak yang seolah-olah mempermainkan kematian adiknya.
Viral

"Bila Mayat Seorang Muslim Dibakar, Maka Satu Kampung Tanggung Dosa" - Ustaz Abdul Somad

gempak
24/07/2024
23:55 MYT
Pendakwah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad tampil berkongsi pandangan daripada sudut Islam tentang tindakan membakar mayat individu Muslim.
the-hardest-singing-show

THSS: Bakar Tangan Atas Pentas, Putera Muhammad Raih Markah Tertinggi 93.20%!, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

gempak
01/07/2024
00:06 MYT
Penyanyi, Putera Muhammad telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ke-8 dalam pertandingan The Hardest Singing Show setelah beberapa kali menduduki kedudukan paling tercorot.
Viral

Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun

gempak
27/06/2024
14:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengaku bersalah membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pada April lepas, diperintahkan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Viral

Suka Belajar Tentang Agama, Ini Sebab Kenapa Ceddy Rasa Terpanggil Untuk Dalami Ilmu Agama Islam

gempak
15/06/2024
06:55 MYT
Ikuti temu bual Gempak bersama Ceddy mengenai isu ini.