Sweet Charity Ajak Bernostalgia Dalam Konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad
Maliah Surip
13/12/2023 05:55 MYT
13/12/2023 05:55 MYT
Melangkaui lima dekad pembabitannya dalam dunia muzik rantau ini, band legenda, Sweet Charity bakal kembali ke ibu kota, mengimbau nostalgia selepas kali terakhir muncul dalam sebuah konsert, 13 tahun lalu.
Dianjurkan oleh Malaysia Shipowner’s Association, Konsert Semalam Di Malaya Lima
Dekad Sweet Charity yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 Januari depan.
Ia diadakan sempena tahun ke-55 penubuhan Sweet Charity yang diterajui Datuk Ramli Sarip sebagai vokalis yang juga pengasasnya bersama Rahman Sarbani (dram), dan turut dianggotai Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua).
Ramli berkata, lamaran untuk Sweet Charity kembali ke Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.
“Konsert ini ada nilai sentimental kerana ia diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011 yang menjadi fenomena.
“Sesuatu seperti ini kadang hanya datang sekali, atau dua kali, ia tidak boleh selalu melainkan ada momen istimewa.
“Sweet Charity dikenali dengan persembahan livenya, jadi pemilihan lagu yang tepat adalahnpenting.
“Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu, termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah.
“Dan kenapa Semalam di Malaya? Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura,
merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Ramli juga berharap agar seluruh anggota Sweet Charity diberi kesihatan supaya dapat bertemu sekaligus menghiburkan peminat.
“Mudah-mudahan kami sihat, dapat berikan yang terbaik untuk peminat, juga industri. Lima dekad perjalanan Sweet Charity moga jadi penggalak buat band tanahair, terutamanya pelapis. Kami cuba menghargai apa yang dikurniakan, apa yang dianugerahkan untuk dikongsi,” katanya lagi.
Tiket berharga RM180 (Batu – Free Standing), RM308 (Sejuta Wajah – Normal Seat), RM388 (Zakiah – Premium Seat) dan bermula RM15,000 bagi VIP Box boleh didapatkan dengan melayari www.ilassotickets.com.my atau hubungi hotline +60 11-1329 7822.