Sweet & Comel Sungguh Majlis Baby Shower Nina Ismail Sabri

Mya Amri
September 24, 2017 03:55 MYT
Usahawan dan isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri baru sahaja meraikan majlis ‘baby shower’ bersama suami dan keluarganya semalam.
Nina dan Jovian juga berkongsi beberapa foto sekitar majlis tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya khas.
Nina yang menggayakan busana berwarna pink pastel itu kelihatan sungguh comel dan gembira.
Selain Nina, gelagat lucu Jovian yang memakai ‘tutu skirt’ sambil menari turut mendapat perhatian pengikut IGnya.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut IG pasangan ini meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat bayi mereka dan mendoakan kesejahteraan Nina semasa bersalin kelak.
Di sini kami kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis ‘baby shower’ Nina Ismail Sabri:
Foto: Instagram @jmandagie / @ninaismailsabri
Teks oleh: Mya Amri
#Jovian Mandagie #Baby Shower #Nina Ismail Sabri