BERITA
Sweet Dreams Ada 2 Ending! Apakah Pilihan Puteri & Qash?
Drama bersiri popular Sweet Dreams mempunyai dua episod akhir yang berbeza.
Menariknya, peminat setia lakonan utama Mira Filzah dan Ben Amir ini bakal dipersembahkan dengan dua ‘ending’ yang berbeza.
Bermakna, semalam merupakan episod akhir pertama dan harini, 5 September penonton akan dikejutkan dengan satu lagi ‘ending’.
Menurut Mira yang membawakan watak Puteri, dia memililh episod 19 iaitu ‘ending’ yang ditayangkan semalam sebagai pilihannya.
Mira juga turut meminta penonton memilih episod akhir pilihan mereka.
“Ya, kami ada dua episod akhir berbeza. Tonton episod malam ini (semalam) dan esok (hari ini), kemudian pilih episod akhir pilihan anda.
“Harap kamu semua terhibur dan suka dengan episod akhir malam ini (ending pertama) . Saya pilih episod akhir ini kerana saya ada sebab tersendiri,” katanya.
Mira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Selain Puteri, ‘ending’ pertama itu turut menjadi pilihan watak lain seperti Uncle Wong, Cempaka, Atok, Ammar, Lola, Fadil serta Editor dan team punulis Sweet Dreams.
Sementara episod akhir kedua malam ini telah menjadi pilihan Qash Adam, Carl, Farah, Cik Bam dan Kru Sweet Dreams.
Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.
Drama bersiri ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.
Jangan lupa saksikan Sweet Dreams episod 20 atau terakhir malam ini jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.