Sweet Gila, Bersemut Handphone! - Peminat Puji Video Pernikahan Fattah Amin & Fazura

Kamaruddin Razal
November 29, 2017 13:38 MYT
Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura berkongsi detik indah di sekitar majlis pernikahan mereka menerusi laman sosial Instagram.
Menerusi laman sosial Instagram masing-masing, Fattah dan Fazura memuat naik tiga video di sekitar majlis pernikahan mereka berdurasi satu minit.
Rata-rata peminat memuji dan memberikan reaksi positif terhadap video tersebut.
Majlis pernikahan Fattah dan Fazura berlangsung pada pukul 9.50 malam di sebuah Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Sebelum mereka menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga masing-masing, Fattah dan Fazura terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 13 November.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto & Video: Instagram Fazura
#Fattah Amin #Fazura #Fazura