Bersempena hari lahir kekasihnya, usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat menghadiahkan Coach Yin sebuah motosikal.

Menariknya, nombor pendaftaran motosikal yang diberikan sebagai hadiah itu sama dengan tarikh lahir Coach Yin yang jatuh pada 8 April.

Berita tersebut dikongsi oleh Coach Yin menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.

"Thank you my love @nursajat02 sebab bagi hadiah motor untuk my birthday 8 April (8.4)

"Dan terima kasih sangat-sangat untuk nombor plat sama dengan my birthday. Hihihi pandai dia buat surprise yer," tulis COach Yin.

Tq my love @nursajat02 ..sbb bagi hadiah motor ??Utk my birthday ??8.4... dan tq sgt2 Utk no.plat sama dgn my birthday ..hihihi....pandai die buat surprise yerr

A post shared by Coachyinursajat (@coach_yin) on


Sajat menghadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha kepada Coach Yin dengan nombor pendaftaran BPM 8418.

Dalam perkembangan lain, Sajat baru saja muncul dengan single Makhluk Penggoda ciptaan Aepul Roza dan Iman Imran.

Teks oleh: Kamaruddin Razal