"Sweet, Pretty & Glowing" - Muat Naik Foto Hamil Minggu Ke-27, Betty Rahmad Dipuji Ramai

Asraf Aided
Oktober 25, 2018 08:42 MYT
Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad telah memuat naik sekeping foto yang diambil pada minggu ke-27 kehamilannya.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Hi" tulis adik kepada pelakon popular Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida ini berserta hashtag 27 (#27) sebagai kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Betty telah memuji kejelitaan yang dimiliknya, ada juga yang mengatakan Betty kelihatan segar walaupun sedang sarat hamil.
"Cantiknya, glowing sangat!
"Betty semakin berseri.
"You look sweet, pretty and glowing!" tulis netizen.
Selepas beberapa tahun menyulam cinta, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.
#Betty Rahmad