Sweetnya! Ameera Khan & Jefri Nichol Saling Berbalas Luahan Cinta, Netizen Tumpang Gembira - “Girl In Love...”
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas berkongsi momen manis sewaktu dirinya menyambut ulang tahun aktor kacak asal seberang, Jefri Nichol.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, riak wajah Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan kelihatan ceria di dalam gambar dan video bersama Jefri.
Bukan itu sahaja, menerusi ruangan komen juga, mereka masing-masing saling berbalas komen manis yang berisi luahan cinta.
“I love you, my love,” komen Jefri.
“I love you most baby,” balas Ameera Khan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar hubungan percintaan Ameera dan Jefri akan berakhir ke jinjang pelamin.
“Mirip banget.
“Girls in love, boleh tengok dekat mata dia. Semoga dijodohkan dengan pasangan terbaik.
“Sentiasa happy untuk korang berdua,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol.
Ameera juga mendedahkan ibu bapanya juga sudah merestui hubungannya dengan Jefri.
Ameera dan Jefri dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Imbas semula, pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.