Sweetnya Azad Jasmin...Hadiahkan Eira Syazira Rumah Impian Siap Dengan Surau Mini Lagi!
Fiza Kamarudin
01/05/2021 00:50 MYT
01/05/2021 00:50 MYT
Pelakon Azad Jasmin menunaikan impian isterinya, aktres Eira Syazira untuk memiliki sebuah ‘rumah impian’.
Azad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad turut merakam momen indah ketika membuat kejutan untuk isteri tercinta.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik Eira di Instagram, Azad telah membawa Eira ke kediaman baru mereka, sebuah rumah dua tingkat sebaik sahaja isterinya selesai mengerjakan solat tarawih.
Eira yang dibawa ke ‘rumah impian’nya dalam keadaan mata tertutup tergamam sebaik sahaja tiba di kediaman baru mereka.
“Surprise!!!! Bismillahirrahmanirrahim, masuk inilah rumah kita,” katanya sambil memaut erat bahu Eira dan memimpin isterinya masuk ke dalam kediaman baru mereka yang berkonsepkan ‘modern luxury’.
Menerusi video berdurasi lebih 40 minit itu Azad turut membawa Eira melakukan ‘house tour’.
“Sebelum ni you selalu cakap nak meja makan yang boleh muatkan 10 orang makan...I adakan untuk u.
“Rumah kita ada surau juga, selepas ini kita tarawih sama-sama kat sini ya.
“Impian you untuk ada dapur kering dan dapur basah juga i tunaikan,” katanya kepada Eira.
Difahamkan, Azad mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman kediaman tersebut tanpa pengetahuan Eira.
“I tipu saya cakap kawasan sini ada kes Covid-19,” dedahnya kepada Iera yang tertanya-tanya bila Azad melengkapkan keseluruhan hiasan bermula dari ruang tamu sehingga ke bilik tidur di ruangan atas.
Momen indah tersebut turut dikongsi Azad di laman sosial peribadi Instagramnya.
"Selepas 13 tahun tinggal di 'rumah flat' hari ini, pada bulan Ramadan yang mulia i hadiahkan rumah ini untuk u. i harap u suka.
"Sekarang ni i nak u pergi balik rumah dan ambil anak-anak kita sekarang juga bawa datang ke sini," katanya.
"Sekarang ni i nak u pergi balik rumah dan ambil anak-anak kita sekarang juga bawa datang ke sini," katanya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji Azad dan berasakan Eira seorang isteri yang bertuah.
Mereka turut mendoakan agar pasangan ini dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan oleh Allah SWT sehingga ke akhir hayat.