HIBURAN

Sweetnya! Bella Astillah Tulis Nama Syed Saddiq Atas Padang Pasir Pula, Netizen; - “Rindu Sangat Ya…”

Umirah Halim 28/03/2025 | 23:55 MYT
Fenomena gandingan BASS (Bella Astillah-Syed Saddiq) masih lagi menjadi perbualan ramai di media sosial.
Setiap gelagat yang mereka lakukan pasti mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang juga rata-rata mendoakan yang terbaik buat mereka.
Terbaharu, tular sepotong video pelakon Bella Astillah menunjukkan video di telefon yang memaparkan tulisan nama Syed Saddiq yang ditulis di atas padang pasir.
Perkara tersebut dikongsikan sewaktu sesi siaran langsuna Bella dan Ahli Parlimen Muar itu malam tadi.
“Saya buat guna jari saya cantik tak, saya tak hantar video ini sebab lupa,” ujar Bella.
“Cantik tulisan, saya tak tahu awak boleh melukis,’ balas Syed Saddiq menerusi video tersebut.
undefined Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan gelagat yang dipamerkan Bella dan Saddiq.
“Lah dah main tulis atas pasir pulak.
“Amboi nama YB juga yang di ukir tu ya, YB stay Malaysia, tapi namanya ikut Bella di sana.
“Rindu sangat ye YB kat Bella,” komen beberapa netizen.
#Bella #Syed Saddiq #Sweet #Astillah