Hiburan

Sweetnya Kekasih Qi Razali! Hadiahkan Lukisan Mural Hasil Tangan Sendiri...

gempak
Mya Amri
14/08/2017
06:35 MYT
Sponsor Banner
Sweetnya Kekasih Qi Razali! Hadiahkan Lukisan Mural Hasil Tangan Sendiri...
Pelakon Qi Razali meluahkan rasa terharu melihat hasil lukisan mural yang dilukis oleh kekasihnya, Nia di dinding studio miliknya.
Difahamkan lukisan tersebut merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran Qi yang ke-40 pada 8 Ogos lalu.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Qi memberitahu dia terkejut dan tidak menyangka Nia menunaikan hasratnya yang mahukan lukisan mural di studionya.
Sementara, Nia menerusi akaun Twitter dan IGnya turut berkongsi beberapa foto yang menunjukkan dirinya sedang dalam proses melukis mural tersebut.
Foto-foto itu dikongsi oleh Nia selepas dia membuat kejutan kepada teman lelakinya. Dalam pada itu, peminat juga memuji kecantikan lukisan tersebut dan mendoakan hubungan mereka berdua kekal hingga ke peringkat seterusnya.
@syahrizaa: Sweet gilak. Selamat hari lahir Qi! Allah bless kitak-kitak . Long live and stay happy together!
@officialdeela_91: Sweetnya and happy belated birthday @qirazali88.
@shazashazu: Sweetttt! Sayang korang berdua! @sleepylllama @qirazali88 Selamat Hari Jadi Qi!
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024