Sweetnya Shukri Yahaya dan Tya Adnan Di Majlis Akikah Anak Mereka

Mya Amri
Januari 3, 2017 07:03 MYT
Pasangan pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan baru selesai mengadakan majlis akikah anak sulung mereka, Aaira Ameena pada Isnin.
Shukri juga turut berkongsi momen-momen indah menerusi akaun Instagram (IG)nya khas buat tatapan peminat.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian bukanlah majlis tersebut tetapi cara layanan Shukri terhadap isteri bersama anaknya itu membuatkan peminat tertarik.
Melalui foto-foto yang dimuatnaik jelas menunjukkan wajah bahagia aktor tersebut ketika berada disisi isterinya dan peminat menyifatkan mereka berdua sebagai pasangan romantik.
Melihatkan gelagat spontan yang dirakamkan menerusi lensa kamera juruforo rasmi majlis berkenaan membuatkan ada peminat yang memberikan komen sambil menggunakan hashtag #relationshipgoals.
Dalam pada itu, Shukri juga turut memuatnaik sati foto kira-kira 14 jam yang lalu dan mengucapkan selamat hari jadi buat isteri kesayangannya.
“Selamat harijadi untuk isteri saya Siti NurFatihah Bt Ahmad Adnan, semoga diberi kesihatan yang baik untuk sentiasa ada menjaga KAMI, diberi kesabaran yang tinggi untuk tahan dengan kerenah KAMI, dimurahkan lagi rezeki untuk KAMI menumpang bersama, dan sentiasa ALLAH lindungi dia untuk KAMI. KAMI SAYANG MUMMY! ? 3/1/2017,” tulisnya.
Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik sekitar majlis akikah yang diambil menerusi IG Shukri:
#Shukri Yahaya #Akikah #Tya Adnan