Sweetnya Ucapan Hari Jadi Saharul Ridzwan Dekat Isteri...Siap Bagi Hint Nak Baby Girl Pula Tu!

Asraf Aided
Januari 12, 2019 07:08 MYT
Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iatu Deena Emir menyambut hari jadinya pada hari ini.
Saharul terlebih dahulu telah berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya malam tadi.
"Saya doakan syurga untuk awak, semoga awak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki, Amin.
"Cukuplah ucapan setakat ini, Ali (anak mereka) pun dah tidur, gambar sebelah lebih penting, selamat malam," tulisnya sebagai kapsyen.
Gambar sebelah yang dimaksudkan Saharul adalah sekeping gambar kanak-kanak perempuan dan ia seolah-olah memberi 'hint' yang dia mahukan seorang cahaya mata perempuan.
Saharul mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2012 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam drama dan telefilem tempatan.
#Saharul Ridzwan