Sweetnya! Yuna Dapat Kejutan Bridal Shower

Amri Hassan
Januari 10, 2018 09:00 MYT
Seperti mana tersebarnya kad undangan perkahwinan Yuna dan Adam Sinclair yang dijangka berlangsung pada 28 Januari depan, penyanyi terkenal itu mendapat kejutan daripada kenalan rapatnya beberapa hari lalu.
Menjangkakan sebuah mesyuarat yang diaturkan oleh pembantu peribadinya, ternyata majlis itu sebenarnya bridal shower sempena meraikan detik akhir berstatus bujang.
"Terima kasih gadis-gadisku untuk kejutan ini. Saya betul-betul fikir ada mesyuarat!" tulisnya di Instagram.
Majlis yang diadakan di Fancy Breakfast Club, Bangsar itu hanya dihadiri oleh kenalan wanitanya seramai 16 orang.
Yuna dan Adam dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Januari 2018 selepas mengikat tali pertunangan pada awal Ogos 2017.
Jom layan gambar-gambar happening Yuna sempena Bridal Showernya baru-baru ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @yunamusic
#Penyanyi #Yuna #Penyanyi #Bridal Shower