Hiburan

Syada Amzah Kongsi Hasrat Tahun Baharu, Netizen Pula Cadang Tambah Azam Berbaik Dengan Adik-Beradik

gempak
Izwan Isa
02/01/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Syada Amzah Kongsi Hasrat Tahun Baharu, Netizen Pula Cadang Tambah Azam Berbaik Dengan Adik-Beradik
Penyanyi dan pempengaruh Syada Amzah berkongsi harapan dan hasrat yang ingin dicapai bagi tahun 2024.
Menerusi hantaran di Instagram, Syada memberitahu yang dia bersyukur diberi peluang untuk terus melihat hari-hari mendatang dan menjaga ibunya.

BERITA TRENDING: “Saya Anggap Konflik Dah Selesai” - Shila Amzah Tak Mahu Gaduh Dengan Keluarga, Tetap Pendirian Jual…”

Kata Syada, dia sentiasa meletakkan ibu sebagai individu paling penting dalam hidupnya.
Antara hasrat yang ingin dicapai pada 2024 termasuklah memperbaiki amal ibadah, memberi kesenangan hidup untuk ibunya, berjaya dalam bidang yang diceburi, lebihkan sedekah, melancarkan sekurang-kurangnya dua buah lagu baharu, bawa ibu melancong dan menurunkan berat badan.
“Ada banyak lagi yang saya nak buat, tetapi sekarang itu sahaja. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik, nasihat yang murni dan bermanfaat. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT. Aamiin Ya Allah Ya Mujib,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Shila Amzah Burnout! - "Saya Tak Tahu Macam Mana Nak Perbetulkan Keadaan"

Namun, di ruangan komen, ada yang menasihati Syada supaya menambah satu lagi azam iaitu berbaik dengan adik-beradiknya.
Terdahulu, Syada dihambat kontroversi yang melibatkan isu ‘perebutan’ rumah yang dimiliki oleh kakaknya Shila Amzah. Situasi menjadi tegang tatkala Shila mahu menjual rumah tersebut dan meminta Syada dan ibunya untuk berpindah ke sebuah kediaman lain yang telah diuruskan oleh Shila.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024